|
|
Malah, festival itu berjaya menarik berjuta-juta pelancong untuk menyertai acara paling hebat itu. Hwachen County yang terletak di bahagian atas sistem Sungai Bukhan cukup terkenal sebagai sebuah destinasi yang popular dengan gunung-ganang dan airnya yang bersih. Hampir kebanyakan penduduknya bergantung pada hasil pertanian organik dan penternakan ikan air tawar.
|
|
Hwacheon merupakan daerah yang pertama membuka sungainya kepada orang awam untuk aktiviti memancing ikan air tawar pada awal Januari setiap tahun. Bagaimana mereka memancing? Mereka akan membuat lubang melalui sungai yang beku itu untuk memancing ikan air tawar.
Pada permukaan yang beku, orang awam akan mencangkung atau meniarap di atas ais yang tersebut. Ada yang menjerit keriangan, tidak kurang kurang ada yang menyiangnya untuk dijadikan hidangan istimewa.
|
|
Pihak penganjur juga menyediakan arang untuk mereka yang mahu memanggang ikan tersebut.
Adakah aktiviti di situ terhad untuk memancing? Orang ramai juga berpeluang untuk menyertai aktiviti meluncur salji dan air, mengukir ais, olahraga ais dan lain-lain aktiviti riadah bersama keluarga seperti membina lelaki salji dan pertunjukan bunga api pada penghujung musim itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: