Saturday, January 16, 2010

Sistem navigasi Nissan Sylphy


SYLPHY cukup diyakini sebagai model yang mampu memenuhi ekspektasi setiap pemiliknya.

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini memperkenalkan Sistem Navigasi Multimedia binaan dalam dengan ciri antara muka yang mesra pengguna dan interaktif.

Sistem yang turut dilengkapi dengan menu pelbagai fungsi itu merupakan satu pilihan pada model Nissan Sylphy. Dengan opsyen tersebut, Sylphy menjadi model sedan saiz sederhana pertama di Malaysia yang menawarkan sistem navigasi binaan dalam yang kemas serta menarik.

Pakej Navigasi Sylphy (Sylphy Navigation Package) itu menggunakan teknologi GPS (Global Positioning System) dan peta-peta digital. Ia menyediakan paparan simpang-simpang dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang mudah difahami dan pemandangan bangunan 2.5D untuk penunjuk arah lebih jelas serta terperinci.

Sistem itu menawarkan fungsi ringkas dan mesra pengguna untuk mengenal pasti destinasi yang dituju. Ia merangkumi alamat, kawasan berhampiran, lokasi-lokasi menarik (Point of Interest, POI), carian terkini, kategori, tempat kegemaran, koordinat dam kod pos (hanya untuk Singapura).

Liputan petanya ialah Malaysia dan Singapura. Pilihan bahasa pula termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, Kantonis, Mandarin, Thai, Jepun dan Korea.

Sistem navigasi itu juga berfungsi sebagai kamera undur dengan ciri pandangan waktu malam yang diaktifkan secara automatik sebaik sahaja kereta diundur.

Sylphy Navigator juga menyokong ciri-ciri multimedia seperti pemain muzik dan filem menerusi kad SD dan pemacu USB. Skrin sentuh LCD WVGA (800 x 480) bersaiz tujuh inci dengan warna sebenar (16.7M warna) menawarkan paparan berkualiti tinggi demi memenuhi keperluan hiburan anda di dalam kenderaan.


OPSYEN sistem navigasi membuatkan Sylphy lebih menyerlah berbanding mana-mana pesaingnya.


"Melalui opsyen Multimedia Navigation System yang menyediakan teknologi pintar dan keselamatan yang digabungkan bersama hiburan serta keseronokan dalam satu pakej mampu milik, Sylphy akan menjadi pilihan yang sukar diketepikan oleh para pengguna," kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Nissan Sylphy menggunakan enjin aluminium sepenuhnya, MR20DE yang dipadankan bersama transmisi Xtronic Continuously Variable (X-CVT) generasi ketiga. Kombinasi itu memberikan pecutan yang lancar dan berkuasa, di samping penjimatan bahan api mengkagumkan.

Harga Nissan Sylphy dengan Multimedia Navigation System di atas jalan bermula daripada RM120,380.00 dan hadir bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu). Harga itu meliputi insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran serta tuntutan pemilikan. Ia hanya sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Peta dan kemas kini perisian adalah percuma bagi tempoh dua tahun pertama. Maklumat lanjut, sila hubungi penasihat produk Alex Yaul di talian 012-723 2323 atau layari www.sylphy.com.my/navi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: