Sunday, January 3, 2010

Majlis resepsi anak arwah Tok Mat batal


NUR JASNI menyarungkan cincin ke jari Liza pada majlis akad nikah mereka di Masjid Jamek, Taman Templer, Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR - Majlis resepsi anak bongsu bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Nur Jasni Mohamed, 37, yang dijadualkan berlangsung di Hotel Equatorial, Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi dibatalkan.

Menurut anak sulung Allahyarham, Datuk Nur Jazlan, majlis resepsi itu dibatalkan berikutan menghormati pemergian ayahnya yang meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara pagi kelmarin.

"Tidak eloklah kalau hendak buat majlis itu memandangkan ayah saya pun baru sahaja pergi, jadi kita batalkan dahulu,'' katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, majlis pernikahan Nur Jasni bersama pasangan, Liza Mydin, 28, di Masjid Jamek Jalan Templer, Petaling Jaya diteruskan apabila mereka selamat dinikahkan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: