Sunday, January 3, 2010

Di mana suami Allahyarham Fazlina?


KERATAN Kosmo! 1 Januari 2010.





AMPANG JAYA - Polis percaya seorang lelaki yang merupakan suami kepada Fazlina Ahmad, 39, yang mayatnya ditemui dalam keadaan terikat di dalam almari rumahnya berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi orang buruan.

Kali terakhir Mohafri Mohamed, 37, (gambar) dilihat ialah di kawasan Stesen Kereta Api Rawang sambil membawa sebuah beg galas dalam keadaan cemas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat katering itu tidak mempunyai banyak wang ketika melarikan diri.

"Kita dimaklumkan dia hanya membawa RM100 ketika melarikan diri dan sebab itu polis yakin dia masih berada di sekitar Lembah Klang.

"Tambahan pula, dia tidak mempunyai ramai rakan yang membolehkannya bersembunyi atau meminta bantuan. Kita meminta ahli keluarganya menghubungi polis jika mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau memujuknya datang menyerah diri," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: