Sunday, January 24, 2010

Lima peniaga dikompaun


PENGUAT KUASA MBMB merampas peralatan menghisap shisha dalam operasi di Melaka malam kelmarin.




MELAKA - Sikap tamak bawa padah.

Permintaan yang tinggi terutamanya di kalangan remaja menyebabkan beberapa peniaga restoran di sini tetap berani menjual shisha bagi mengaut keuntungan mudah.

Mereka tahu tentang pengharaman yang dibuat kerajaan negeri pada Julai tahu berhubung shisha, namun tetap menjualnya.

Tindakan mereka akhirnya memakan diri apabila lima pengusaha restoran dikompaun sebanyak RM500 setiap restoran oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu operasi yang dijalankan malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: