
SEBAHAGIAN 'pelesit rempit' menolak motosikal masing-masing untuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Setar di Alor Setar malam kelmarin.
ALOR SETAR – Puluhan ‘pelesit rempit’ yang leka beraksi dengan motosikal masing-masing terpinga-pinga apabila mendapati mereka dikepung sepasukan polis di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti di sini malam kelmarin.
Kumpulan lelaki seramai 25 orang yang berseronok itu malangnya gagal melarikan diri kerana taman tersebut dikelilingi sawah padi.
Lebih malang selepas ditahan, penunggang dan pembonceng termasuk empat wanita itu terpaksa menolak motosikal masing-masing ke cawangan trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Setar sejauh empat kilometer (km).
Mereka diarah menolak motosikal melalui Jalan Suka Menanti, Jalan Gangsa, Jalan Putra dan melalui Masjid Zahir, sebelum tiba di cawangan trafik.
Pembonceng juga diarahkan ikut sama berjalan kaki bersama penunggang motosikal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: