Sunday, January 24, 2010

Mayat amah dalam but kereta


Tiga daripada enam suspek kes mayat amah dalam but kereta dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka selepas mereka direman semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.

MELAKA – Pasangan suami isteri yang merupakan majikan kepada pembantu rumah Indonesia direman seminggu mulai semalam kerana dipercayai mendera sehingga menyebabkan amah itu meninggal dunia Khamis lalu.

Turut direman bagi membantu siasatan berhubung kematian Nurul Aida, 31, ialah anak kepada pasangan suami isteri itu, pemandu teksi yang juga kenalan kepada keluarga itu, kakitangan sebuah agensi pekerjaan asing dan rakannya menjadikan kesemua yang ditahan enam orang.

Perintah tahanan reman ke atas keenam-enam suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Muzila Mohamed Arsad di Mahkamah Majistret Melaka di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: