Thursday, January 14, 2010

LG perkenal TV digital LED


SEORANG model bersama televisyen digital LCD LED model SL90 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - LG Electronics (M) Sdn. Bhd. semalam melancarkan televisyen digital pertama untuk pasaran tempatan menjelang pelaksanaan sistem penyiaran digital ASEAN pada 2015.

Pengurus Besar Jualannya, Chee Khay Huat berkata, LG mempertaruhkan dua siri model televisyen digital paparan cecair kristal (LCD) berasaskan teknologi diod pemancar cahaya (LED) yang diharap akan mengubah perspektif tontonan pengguna.

"Televisyen LCD LED model SL90 berupaya menerima transmisi siaran digital," kata Khay Huat pada sidang media selepas pelancaran model itu di sini semalam.

Model itu dilengkapi teknologi bluetooth dan lampu sorot LED yang berupaya menghasilkan nisbah kontras dinamik sebanyak 3,000,000:1 bagi kualiti gambar serta warna yang lebih halus.

Bagi televisyen LCD LED digital bersaiz 47 inci, harga jualan disyorkan ialah RM10,999 manakala bagi saiz 42 inci ia ditawarkan pada harga RM7,499 seunit dengan jaminan selama dua tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: