
ABD. HALIM (tiga dari kiri) bersama anggota KPDNKK memeriksa depot minyak diesel haram di kawasan perindustrian Padang Besar, Perlis malam kelmarin.
PADANG BESAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) menyita sebuah depot minyak haram di kawasan perindustrian di sini yang selama ini menjadi lubuk kenderaan asing menyeludup keluar diesel bersubsidi ke negara jiran.
Dalam serbuan pada pukul 8 malam kelmarin, pemilik depot itu berputih mata apabila kesemua stok diesel sebanyak 9,000 liter bernilai kira-kira RM15,000 turut dirampas.
Timbalan Pengarah KPDNKK Perlis, Abd. Halim Pakri berkata, anggotanya mengambil masa selama dua minggu untuk melakukan intipan mengenai aktiviti depot haram tersebut.
"Premis yang bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu itu terletak dalam kawasan perindustrian menyebabkan kita beranggapan itu adalah sebuah kilang atau gudang.
"Hasil intipan, kami dapati banyak kenderaan termasuk trak pikap dari Thailand keluar masuk dari premis itu," katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: