
JOHOR BAHRU - Pengedar automotif Bumiputera, Mutiara Motors Sdn. Bhd. memperuntukkan pelaburan RM30 juta dalam menyediakan perkhidmatan tambahan penalaan kenderaan.
Pengarah Urusannya, Mokhtar Ahmad berkata, pengenalan perkhidmatan itu adalah untuk menambah nilai perkhidmatan Mutiara Motors selain memenuhi permintaan di wilayah Selatan.
Tambahnya, Mutiara Motors menggunakan produk jenama M7 untuk meningkatkan prestasi dan kuasa kereta yang diimport seperti Mitshubishi Evo dan Toyota Vellfire.
Kereta-kereta itu akan dinaik taraf sehingga lengkap daripada aspek enjin, teknologi, penampilan luaran dan kemasan dalaman, katanya.
"Kereta yang ditala Mutiara Motors akan diberikan sijil pengiktirafan dari Jepun. Pembeli tidak perlu bimbang terhadap ubah suai yang dijalankan kerana ia mematuhi undang-undang di negara ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Mokhtar, harga kenderaan yang menjalani proses penalaan M7 akan melibatkan kos tambahan sehingga RM30,000 daripada harga jualan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: