Sunday, January 17, 2010

Julia enggan munafik



PELAKON Julia Perez tidak ambil pusing dengan stigma artis bermodalkan seksi yang dilabelkan ke atas dirinya. Bahkan diakuinya bahawa banyak filem lakonannya menonjolkan sisi seksi dan dikatakan melanggar etika ketimuran.

"So what? (Jadi kenapa?)," itu balas Julia secara tegas dan menyedari khalayak sering memperkatakan tentang keseksiannya. Bagi Julia, dia tidak mahu menjadi munafik kerana sering juga tampil dalam filem-filem yang berunsur seksual. Namun, dia tetap tahu akan keterbatasan dalam hidupnya.

Pengalaman lalu bersuamikan lelaki Perancis dan muncul untuk majalah khusus untuk dewasa juga membuatkan Julia selesa digelar seksi.

"Awal karier dahulu, waktu berkenalan dengan bekas suami, Damien Perez di Perancis, saya ditawar menjadi model majalah FHM dan Maxim di sana. Berkat jadi model itu saya pernah dicalonkan sebagai 100 wanita terseksi," ujarnya bangga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: