Sunday, January 17, 2010

Bukan Make-inu



RINKA telah mencipta satu kejutan. Selama ini bintang terkenal Jepun ini telah dilabelkan sebagai gadis 'make-inu' atau bermaksud, selebriti wanita yang solo dan ditakdirkan untuk hidup sendiri seumur hidup.

Namun, takdir mengatasi segalanya apabila model berbakat besar ini akhirnya berkahwin.

Dia memilih Januari sebagai bulan perkahwinannya dan resepsi itu telah pun berlangsung minggu lalu.

Rinka turut mengumumkan perkahwinannya menerusi blog miliknya. Satu resepsi ringkas telah diadakan di Tokyo dan dihadiri oleh kaum keluarga.

Mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang lelaki yang berusia awal 30-an, mereka sebenarnya sudah berkasihan selama lapan tahun dan pernah berpisah sementara pada tahun 2007.

Sewaktu pengumuman pertunangannya dibuat, ramai peminat terkejut kerana menyangka Rinka tidak berminat dengan perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: