Monday, January 11, 2010

Jangan panik, keadaan terkawal


kesan terbakar pada dinding Gereja All Saints, Taiping, Perak semalam.


RAWANG - Keadaan adalah terkawal meskipun tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme setakat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.

"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di Internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi pendidikan di bawah program Juara Rakyat di tapak ekspo Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: