Monday, January 11, 2010

Pelajar Malaysia tiba di Bristol


Wakil Yayasan Al-Bukhari, Lt. Kol. (B) Rafie Khatab mendukung cucunya, Muhammad Nabil sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang semalam.

KUANTAN - Pelajar Malaysia, Mohamad Ibrahim Azmi (gambar) yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir ketika mengikuti konvoi Viva Palestina ke Gaza, selamat pulang ke Bristol, United Kingdom.

Pelajar tahun tiga berusia 23 tahun itu tiba pada pukul 4.30 pagi waktu Malaysia semalam.

Bapa pelajar jurusan perubatan di University of Bristol itu, Dr. Azmi Mohd. Ghazali berkata, anaknya sihat selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia kelmarin.

"Atas usaha isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir yang tidak putus-putus, anak saya akhirnya dibebaskan.

"Dia sihat dan selamat sampai di Bristol walaupun keletihan kerana tidak dapat tidur sepanjang tempoh tahanan," katanya yang bertugas di sebuah hospital pakar di Kerteh, Terengganu.

Azmi diminta mengulas perkembangan penahanan anaknya di Mesir pada 6 Disember lalu ketika mengikuti konvoi Viva Palestina sempena cuti semester bersama sukarelawan pelbagai negara untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: