Monday, January 11, 2010

40 ditahan kerana berhibur sambil ambil dadah


SEBAHAGIAN daripada pelanggan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang ditahan semalam menunggu giliran melakukan ujian air kencing.

KUALA LUMPUR - Tiga daripada 150 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini semalam sanggup berpanas atas siling saluran alat penyaman udara kerana takut ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama tempat mereka berhibur di sini.

Bagaimanapun, tindakan ketiga-tiga pengunjung lelaki itu tidak berhasil apabila lokasi persembunyian mereka dapat dihidu polis.

Dalam keadaan berpeluh-peluh, mereka kemudian melakukan ujian air kencing.

Mereka dikatakan menyorok di atas siling tersebut selama setengah jam sebelum tempat persembunyian mereka diperiksa.

Dalam operasi pada pukul 2.50 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kuala Lumpur itu, seramai 40 pengunjung termasuk 16 wanita ditahan kerana mereka positif mengambil dadah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: