
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka keluar dari kabin kelas mereka semalam.
MELAKA - Kabin dijadikan bilik darjah? Bagi sesetengah orang adalah tidak wajar bagi pelajar menuntut ilmu di dalam kabin.
Namun bagi pelajar tingkatan tiga dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai di sini, mereka begitu bertuah apabila kabin yang menggantikan kelas terbakar di blok A sekolah itu pada 10 Disember lalu sangat cantik dan selesa.
Pengetuanya, Zainal Aman memberitahu, pihaknya juga tidak menyangka projek pembinaan kabin itu hanya mengambil masa sembilan hari untuk disiapkan dan bukan dua minggu seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
"Bukan sahaja dapat disiapkan dalam masa yang singkat malah kabin tersebut begitu cantik dan terlalu selesa untuk mereka belajar,'' katanya ketika ditemui semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: