
PETUGAS Pusat Panggilan Setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sibuk melayan panggilan semalam.
KUALA LUMPUR - Semua kakitangan kerajaan perlu bertindak segera terhadap aduan orang ramai selaras dengan citarasa mereka yang mahukan perkhidmatan terbaik.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, rakyat kini menginginkan tindakan segera dibuat kepada setiap aduan yang dilontarkan tanpa sebarang masalah.
"Kita tidak boleh lagi bagi jawapan "masih dikaji" atau "masih disiasat" sebagai alasan kepada aduan mereka.
"Kalau boleh kita nak sesuatu aduan itu dibuat tindakan dalam masa satu hari atau satu jam, bukan lagi satu minggu atau satu bulan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Panggilan Setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: