Tuesday, January 5, 2010

Didakwa punca 3 beranak mati


KERATAN Kosmo!
24 Disember 2009.
YUSRI dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra semalam atas pertuduhan memandu secara bahaya dan menyebabkan tiga beranak maut.




JITRA - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jitra-Kodiang bulan lalu.

Tertuduh, Yusri Ismail, 35, dari Taman Bersatu, Jitra yang tenang ketika pertuduhan dibacakan tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan itu.

Tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusri didakwa memandu secara bahaya sehingga menyebabkan tiga beranak mati dalam kejadian pada pukul 5.10 petang 23 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dan denda RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: