Friday, January 15, 2010

Electra masih mahu menjanda


CARMEN ELECTRA


WALAUPUN bekas pelakon Baywatch, Carmen Electra sudah mengikat tali pertunangan dengan rocker terkenal Otep iaitu Rob Patterson hampir dua tahun lalu, hakikatnya aktres jelita itu masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis perkahwinannya.

Bukan kerana cintanya sudah pudar dengan lelaki itu, Carmen sebaliknya lebih selesa dengan kehidupan sekarang walaupun belum lagi mendirikan rumah tangga.

"Kami tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri walaupun sudah bertunang secara rasmi. Biarlah masa yang menentukan.

"Lagipun kami tidak mahu beri sebarang tekanan di antara satu sama lain. Jangan bimbang kerana perhubungan ini tetap terjaga dengan baik. Cuma biasalah, kalau setakat bergaduh kecil ia tidak dapat dielakkan," jelasnya.

Walaupun bintang berusia 37 tahun itu enggan terburu-buru untuk berkahwin, namun Carmen tetap mengimpikan hari bersejarahnya berlangsung kelak.

Carmen sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali. Kali pertama dia mengikat tali perkahwinan dengan pemain bola keranjang kontroversi, Dennis Rodman di Las Vegas pada tahun 1998 sebelum berpisah dalam waktu singkat.

Kemudian pada tahun 2003, dia berkahwin dengan pemain gitar kumpulan Jane's Addiction, Dave Navarro. Tetapi mereka berpisah secara rasmi pada Februari 2007.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: