Friday, January 15, 2010

Jude lamar Sienna


JUDE dan Sienna bercuti bersama di St. Vincent.

SELEPAS pasangan merpati dua sejoli, Jude Law dan Sienna Miller berpatah arang gara-gara si lelaki dikatakan mempunyai skandal dengan wanita lain, aktor pujaan ramai itu dikhabarkan melamar sekali lagi Sienna untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

Hubungan Jude dan Sienna dikatakan bercantum kembali baru-baru ini apabila mereka dilihat menghabiskan percutian indah bersama-sama selama beberapa hari di Bequia, St. Vincet.

Bukan itu sahaja, ada peminat yang melihat aksi romantik mereka sehingga timbul pelbagai gosip termasuk khabar angin pasangan itu bakal menamatkan zaman solo dalam waktu terdekat.

Salah seorang teman rapat selebriti itu memberitahu kepada Heatworld bahawa Sienna sentiasa menjadi wanita nombor satu di hati Jude walaupun dia gemar berfoya-foya sebelum ini.

"Sekarang Sienna kembali semula dalam hidup Jude. Paling membanggakan apabila lelaki itu bersungguh-sungguh enggan melepaskan pergi wanita yang disayanginya.

"Hanya tunggu masa untuk Jude lamar Sienna untuk kali kedua. Pasti mereka akan hidup aman dan bahagia selepas ini ditambah Jude sudah meninggalkan tabiat buruknya sebagai kaki perempuan.

"Jude benar-benar mahukan perubahan ketara dalam hidupnya selepas ini. Dia ingin berkahwin dengan Sienna dan punya keluarga bahagia sendiri," ujar sumber itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: