Tuesday, January 5, 2010

Dengarnya... Merissa penyeri hidup Ako dan Kartina


TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada pelakon Ako Mustapha dan isteri, Kartina Abdullah, atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Merissa Tempawan pada 31 Disember lalu.

Tentunya kehadiran Merissa menjadi hadiah tahun baru paling berharga buat pasangan ini.

Khabarnya, bayi perempuan berkenaan dilahirkan di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya. Ketika Cik Normah menaip cerita ini, difahamkan kedua-dua ibu dan anak sudah pun pulang ke rumah. Khabarnya juga, mereka berdua berada dalam keadaan yang cukup baik.

Merissa lahir ke dunia hampir setahun selepas Ako dan Kartina mendirikan rumah tangga. Pelakon itu dinikahkan dengan buah hatinya di Tawau, sabah jika tak salah Cik Normah, pada 17 Januari tahun lalu.

Cik Normah doakan, semoga kehidupan pelakon berusia 38 tahun itu akan lebih bahagia dan rezeki mereka juga bertambah dengan kehadiran anggota keluarga baru.

Selepas ini, mungkin Ako bolehlah mula mencongak untuk menambah jumlah anggota keluarganya lagi. Maklumlah, kedua-duanya masih muda belia. Banyak lagi waktu untuk kedua-duanya memeriahkan suasana rumah tangga dengan anak-anak yang ramai.

Nampaknya Cik Normah jugalah yang masih menunggu rezeki mendapatkan cahaya mata. Walaupun sudah lama berdoa, tetapi rezeki Cik Normah belum sampai agaknya. Tetapi, ia tidak mematahkan semangat Cik Normah untuk terus berusaha. Kata orang, usaha itu tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: