Wednesday, January 6, 2010

Dengarnya... Apabila duda bertemu janda


CIK Normah mendapat satu cerita daripada sumber yang boleh dipercayai, pelakon dan pengacara yang sudah bergelar janda anak satu itu sedang menjalinkan hubungan dengan seorang duda anak satu. Duda yang dimaksudkan ini baru saja bercerai dengan isterinya seorang pelakon dan model jelita tahun lalu.

Patut pun, Cik Normah dapat tahu bekas isteri kepada duda yang dimaksudkan itu sangat berbulu kalau bercakap mengenai pengacara bukan Melayu itu. Hai, begitulah banyak lelaki dalam dunia ini, bekas orang juga yang menjadi perhatian. Al-maklumlah duda itu kaya raya, siapa yang tak mahu.

Nampak gayanya, pengacara terbabit mengikut jejak Marion Caunter yang sedang bahagia bercinta dengan lelaki Melayu. Ini bermakna lelaki Melayu memang ada pasaran yang tersendiri. Siapa kata lelaki Melayu di negara kita tak hebat, tambah pula yang poket penuh duit.

Ketika artis Melayu kita memilih lelaki Inggeris seperti Serina Redzuawan yang selamat melangsungkan dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, berlainan pula dengan sesetengah artis bukan Melayu di negara kita yang ada cita rasa terhadap lelaki Melayu.

Macam-macam, tapi ini realiti yang terjadi dalam dunia hiburan sekarang. Cik Normah tak tahu apa pula yang bakal terjadi kalau dilihat daripada lima tahun mendatang. Perangai artis pun boleh tahan hipokritnya. Contohnya, ada yang berpura-pura baik macam hero Malaya, tapi hakikat adalah sebaliknya.

Cik Normah pun tak tahu sampai bila wanita di luar sana akan terpedaya dengan tipu helahnya. Pengalaman cinta yang lalu membuktikan artis lelaki ini memang sangat psiko, tapi kalau tengok dirinya, pijak semut pun tak mati. Kononnya, dialah lelaki idaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: