TAHUN 2010, harapnya akan menjadi permulaan yang baik buat kita. Doa yang sama juga Cik Normah kirimkan buat teman artis di negara kita. Cuma Cik Normah sendiri agak terkejut apabila mendapat berita mengenai Linda Onn yang sudah pun meninggalkan stesen radio Sinar FM pada 31 Disember lalu.
Tak sangka selepas lebih sedekad bersama naungan AMP Radio itu, Linda membuat tindakan nekad. Agaknya selepas ini, ke mana hala tuju Linda Onn selepas ini. Stesen radio mana pula yang menjadi pilihan Linda agaknya selepas ini. Apapun, Cik Normah doakan semoga Linda terus sukses dan cepat-cepat dapat kekasih hati.
Oh ya, selain itu, Cik Normah nak ucapkan tahniah kepada Irma Hasmie yang diberi mandat mengacarakan program Galaksi di TV9 sejak 1 Januari lalu. Dengar cerita pengacara sebelum Irma demand harga tinggi, sebab itu produksi program terbabit mencari pengacara baru.
Dalam pada itu, ketika ralit menonton TV3 pada hujung minggu, Cik Normah sempat menonton hebahan awal program Apa-Apa Aje. Pelik juga Cik Normah lihat, bukan Amy Mastura yang menjadi gandingan Shamsul Ghau-Ghau. Sebaliknya, Kenchana Dewi yang kelihatan bergandingan dengan Shamsul Ghau Ghau.
Apakah ini tandanya, Kenchana akan terus diberi mandat mengemudi program pagi di TV3 itu. Cik Normah diberitahu memang ya, Kenchana memikul tugas itu bermula Januari hingga Mac ini. Sebelum Kenchana dan Amy Mastura, Sheila Rusly juga pernah diberi amanah mengambil tempat sebagai pengacara Apa Apa Aje.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: