Tuesday, January 5, 2010

Kastam rampas ketamin RM3j


IBRAHIM (dua dari kanan) dan Zainul Abidin (kanan) menunjukkan dadah ketamin yang dirampas di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

NILAI - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup dadah jenis ketamin bernilai RM3.04 juta dalam dua kes berasingan minggu lalu.

Dalam kes pertama, KDRM merampas ketamin seberat 150 kilogram bernilai RM2.7 juta di Pelabuhan Klang pada 29 Disember lalu.

Pengarah Bahagian Siasatan KDRM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, dadah tersebut disembunyikan dalam sebuah kontena membawa barangan sembahyang untuk penganut agama Hindu dari Chennai, India.

"Selepas pemeriksaan rapi selama empat hari kita menjumpai 250 bungkusan serbuk kristal dipercayai dadah jenis ketamin.

"Sindiket itu menggunakan alamat pesanan palsu dan cuba mengeluarkan kontena tanpa pengetahuan kastam," katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Narkotik di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: