Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil inisiatif untuk terus mempromosikan tempat-tempat menarik untuk bercuti. Program berbentuk travelouge Xpresi Kembara membawa lima artis indie sebagai langkah promosi dab menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Selain mempromosikan tempat menarik dalam negara, program ini juga menggabungkan elemen muzik band daripada band-band indie yang terlibat.
Artis indie yang terlibat adalah kumpulan 6ixth Sense, Yuna, Bunkface, Awanband dan kumpulan Couple. Mereka akan dibawa ke destinasi yang berbeza untuk merasai keindahan dan keunikan di Malaysia.
Program yang disiarkan setiap Sabtu bermula 2 Januari pada jam 10.31 pagi di TV1 dilihat sebagai usaha terbaik bagi memberikan peluang kepada penonton untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman yang dilalui oleh artis popular ini.
Bermula dengan kumpulan 6ixth Sense yang bercuti di Genting Highlands. Mereka akan melakukan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor.
Pada minggu seterusnya peminat dapat menyaksikan penyanyi indie wanita popular Yuna yang menghabiskan cuti di Ipoh, Perak. Yuna mengembara ke Lost World of Tambun dan Pasar Pagi Memory Lane. Yuna juga sempat singgah di kedai pakaian Garage Flower milik kumpulan Bittersweet yang terletak di Green Town Mall.
Diikuti dengan kumpulan Bunkface yang meluangkan masa bercuti di A’Famosa Resort Melaka. Mereka melawat Taman Buaya. Mereka juga menguji keberanian masing-masing dengan menaiki permainan mandi yang ekstrem.
Awanband yang dibawa ke Pulau Pinang dengan membuat aktiviti lasak di Pantai Batu Feringgi dan bersiar-siar di sekitar Pulau Mutiara ini yang penuh bersejarah.
Travelouge Xpresi Kembara diakhiri dengan kumpulan Couple yang bercuti di Cameron Highlands. Kumpulan ini telah melawat pelbagai kawasan menarik seperti kawasan Kaktus Valley. Merekqa juga menunjukkan kemahiran dalam demonstrasi yang dinamakan Strawberry Coklat Couple.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: