Sunday, January 3, 2010

PLKN dekati remaja 'liat'


ZALEHA MOHD. ISMAIL memeluk erat anak tunggalnya, Ahmad Naqiuddin Adnan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan memberi tumpuan kepada remaja yang berkerja dan bermasalah untuk menarik mereka menyertai latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila diarahkan berbuat demikian.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka pada kebanyakan masa sering mengelak daripada menyertai latihan wajib itu.


PESERTA PLKN melambai kepada keluarga masing-masing
sebelum berlepas ke kem latihan di Johor Bahru semalam.


Katanya, dalam empat kumpulan siri PLKN, pelatih kumpulan tiga dan empat merupakan kumpulan yang paling banyak memberi masalah kepada kelancaran PLKN.

"Dalam pengambilan kumpulan satu dan dua, kita tidak hadapi banyak masalah kerana mereka semua baru lepas sekolah, yang ada masalah biasanya pengambilan kumpulan tiga dan empat yang terdiri daripada mereka yang sudah bekerja dan selalu mengelakkan diri daripada menyertai PLKN.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: