SUDAH hampir 20 tahun Cheryl Samad, kini berusia 30 tahun, berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanah air. Mencuba nasib dan bakat dalam bidang lakonan, pengacaraan, nyanyian dan peragaan, ternyata tuahnya lebih berat ke arah pengacaraan impak keupayaannya berceloteh dengan idea yang bernas.
Terbaru, Cheryl bakal bergandingan dengan Faizal Ismail (FBI) dan Ally Iskandar, seperti tahun lalu, untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 yang bakal ditayangkan pada 10 Januari ini secara langsung menerusi saluran TV3 bermula pukul 8.30 malam.
Cheryl yang turut ditawarkan tugas mengacarakan sebuah rancangan pengembaraan untuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menggambarkan kolaborasi itu sebagai sesuatu yang mengujakannya untuk memimpin majlis pada malam itu kelak.
“Bagi saya, kombinasi kami adalah tepat. Bukan senang untuk menemukan pasangan hos yang serasi. Apabila bekerja bersama, kami bertiga jujur antara satu sama lain dan masing-masing tahu menjalankan peranan sendiri.
“Kami tidak ada konflik atau sebarang salah faham. Saya dapat merasakan persekitaran yang baik ketika bekerja bersama mereka. Tambahan, Faizal memang hos kegemaran saya,” ujar graduan undang-undang Universiti Malaya ini.
Cheryl yang hanya akan mendapat skrip dua hari sebelum majlis itu menambah: “Dalam masa dua hari itu kami perlu peka tentang sebarang perubahan, terutamanya apabila menyentuh tentang nama-nama komposer dan penyanyi.
“Dalam tempoh itu jugalah kami akan berlatih posisi kedudukan, perjalanan
Cheryl yang juga kini ligat dengan drama bersiri Blogger Boy yang disiarkan di 8TV setiap Khamis pukul 9.30 malam dan ulangan siri Ghost pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 10.30 pagi ini khabarnya sedang rancak bercinta.
Tidak berniat untuk menyorok kisah percintaannya itu, Cheryl bagaimanapun berkata dia hanya dapat mengatakan teman lelaki berketurunan Cina yang dikenali sejak dua tahun lalu itu adalah seorang yang memiliki karakter yang bertentangan dengannya.
“Dia seorang yang sangat pemalu. Tetapi sejak dua tahun yang lalu perhubungan kami sangat lancar.
“Bukan keturunan menjadi ukurannya tetapi kalau dia dapat melayan saya dengan baik, kenapa kami tidak boleh berhubungan. Lagipun dalam keluarga saya sudah ada banyak bangsa,” jelas gadis berdarah kacukan Melayu–Portugis ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: