
KUALA LUMPUR - Belum ada seorang pun yang tampil membantu polis walaupun ganjaran ditawarkan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti Penjahat Empat Jahanam yang menyamun sebuah klinik di pinggir ibu kota pada 7 Disember lalu.
"Setakat ini (petang semalam), dalam pengetahuan saya belum ada sesiapa pun yang datang menyalurkan maklumat kepada polis mengenai kes ini," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah (gambar) ketika dihubungi Kosmo! semalam.
![]() |
| |
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-428907222 dan Rakan Cop di talian 03-205209999.
Dalam perkembangan yang sama, kumpulan empat lelaki jahanam itu disahkan turut terlibat dalam beberapa kes samun lain di sekitar Lembah Klang.

Menurut Omar, rekod mendapati mereka pernah terlibat dalam dua kes samun membabitkan sebuah klinik dan syarikat kurier di ibu negara.
"Kedua-dua kes tersebut dilaporkan berlaku tahun lalu iaitu sebelum mereka menyamun sebuah klinik lain pada 7 Disember lalu.
"Berdasarkan modus operandi, kumpulan ini tidak mencederakan mangsa sebaliknya menggunakan senjata tajam untuk menakut-nakutkan mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa," jelasnya.
Jelasnya, walaupun kerugian tidak banyak, mangsa-mangsa kumpulan tersebut telah mengalami trauma yang teruk.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: