
BEGINILAH aktiviti harian penjualan daging babi secara terbuka di sepanjang jalan utama di pasar Paya Terubong, Pulau Pinang.
GEORGE TOWN - Selamba saja mereka jual daging babi di tepi jalan.
Itulah keadaan yang berlaku di sepanjang jalan utama pasar Paya Terubong di sini sejak tiga dekad lalu.
Peniaga di situ seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan oleh pihak berwajib.
Apa yang menjadi kebimbangan penduduk beragama Islam di situ adalah kedudukan gerai-gerai menjual daging itu dibina kira-kira 100 meter dari Masjid Jamek Paya Terubong.
Tinjauan Kosmo! ke pasar itu mendapati hampir 10 gerai daging babi segar dijual di kiri dan kanan bahu jalan dan mereka mula beroperasi seawal pukul 4 pagi hingga 12 tengah hari.
Difahamkan, kebanyakan peniaga di situ tidak mempunyai lesen perniagaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: