
PETUGAS Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memasang komponen sebuah kenderaan di Rawang.
KUALA LUMPUR - Industri automotif dijangka meningkat lebih tinggi pada tahun ini berbanding 2009 yang banyak menerima tempias kemelesetan ekonomi global.
Antara faktor yang dijangka mendorong pertumbuhan jualan ialah keadaan ekonomi lebih baik, pelancaran banyak model baru, keyakinan pengguna yang kukuh, penambahbaikan pembiayaan dan persekitaran penetapan harga yang lebih baik.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2010, jika tidak ada perkara di luar dugaan berlaku.
"Berdasarkan angka jualan yang menggalakkan pada November, jualan kereta dijangka meneruskan lajakan pada 2010," kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad kepada Bernama baru-baru ini.
Pada November 2009, sejumlah 45,200 unit kenderaan terjual iaitu peningkatan 11 peratus berbanding 40,865 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: