Monday, January 25, 2010

56 tahun hidup tanpa kad pengenalan


ISMAIL mengambil upah membaiki televisyen penduduk kampung di rumahnya di Kampung Pasir Gajah, Kemaman semalam.

KEMAMAN - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) pendengaran, Ismail Taib, 56, terpaksa hidup sebagai 'pendatang asing' di negara sendiri akibat gagal memiliki kad pengenalan sejak kecil.

Masalah berpunca daripada penceraian ibu bapanya ketika dia berusia 12 tahun menyebabkan dia gagal membuat permohonan mendapatkan kad pengenalan yang sah sehingga hari ini.

Bertambah malang, bukan sahaja dia kehilangan sijil kelahiran akibat hidup berpindah-randah tetapi juga ada pihak yang sanggup menipunya konon dapat membantu mendapatkan kad pengenalan.

Cerita Ismail, apabila ibu bapanya bercerai, dia mengikut ibunya, Minah Muda yang kini berusia 72 tahun ke merata tempat.

"Kami tidak tinggal lama di sesuatu tempat dan dalam tempoh itu pelbagai kerja terpaksa mak buat untuk menyara hidup kami termasuk menjadi buruh ladang.

"Mungkin kerana kesusahan hidup menyebabkan dia tidak ambil kisah untuk mendaftarkan saya membuat kad pengenalan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Gajah dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: