
FARIDAH (tengah) bersama dua petugas Tanamera Tropical Spa di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.
PETALING JAYA - Syarikat pengedar rangkaian produk spa, Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd., menyasarkan pertumbuhan minimum 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu melalui aktiviti operasi yang lebih mantap dan meluas.
Menurut Pengarahnya, Faridah Ahmad Fadzil, perancangan itu termasuk meluaskan lagi eksport produk Tanamera ke Turki dan China.
"Produk berasaskan esen dan herba tropika di bawah jenama Tanamera dikeluarkan melalui syarikat FA Herbs Sdn. Bhd. sejak tujuh tahun lalu.
"Kebanyakan produk adalah untuk tujuan eksport tetapi pada masa sama Tanamera mula mendapat perhatian pasaran tempatan," kata beliau ketika ditemui di Spa Tanamera yang terletak di sini baru-baru ini.
Konsep Tanamera berjaya dieksport ke negara-negara seperti Jerman, Denmark, Slovenia, Sepanyol, Norway, Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan baru-baru ini ke Australia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: