
RANTAU PANJANG - Taktik enam lelaki Thailand yang mengubah suai tangki minyak motosikal masing-masing untuk menyeludup 190 liter petrol bernilai RM342 terbongkar apabila kesemua mereka ditahan di Kompleks Imigresen Kastam (KIK) di sini semalam.
Serbuan pukul 9.30 pagi itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan lelaki berkenaan ketika mereka cuba melepasi sempadan negara.
Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am, Supritendan Rooslan Radzi berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu didapati mengubah suai motosikal bagi membolehkan mengisi minyak tiga kali ganda daripada kapasiti biasa.
"Hasil pemeriksaan, kita dapati salah sebuah motosikal jenis skuter telah diisi sebanyak 30 liter petrol menggunakan tangki tambahan sedangkan mengikut kebiasaan hanya boleh diisi sekitar lima liter sahaja.
"Penunggang motosikal itu telah mengubah suai tempat meletak topi keledar untuk dijadikan tangki petrol tambahan bagi menyeludup petrol," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: