Yulia Rachman
Yulia Rachman
SELEPAS pulang dari mengerjakan umrah, pelakon sinetron, Sayangi Dirimu, Yulia Rachman kini tekad akan terus kekal bertudung.

Menurutnya, setiap kali solat, hatinya terdetik untuknya terus menutup aurat.

“Saya akui, mungkin ada selebriti menganggap dengan memakai tudung, tawaran berlakon akan berkurang.

“Tapi bagi saya ia bukanlah faktor utama menjadi penghalang untuk menutup aurat,” katanya.