Saturday, May 25, 2013

Sami simbah minyak tanah, bakar diri




KANDY - Seorang sami bertindak membakar diri kerana membantah penyembelihan haiwan ternakan seperti lembu di Sri Lanka.
Insiden itu merupakan yang pertama membabitkan sami Buddha di negara tersebut.
Polis berkata, sami tersebut, Bowatte Indaratane menyimbah minyak tanah dan membakar dirinya dekat sebuah kuil di sini semasa sambutan Hari Wesak.
"Beberapa anggota polis berhampiran bertindak memadamkan api dan membawa sami itu ke hospital," kata jurucakap polis, Buddhika Siriwardena.
"Sebelum membakar diri, sami itu memberitahu, tindakan tersebut bagi memprotes penyembelihan lembu dan kambing," tambahnya.
Menurut polis, sami tersebut kini berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital Sri Lanka.
Memakan daging adalah menjadi kebiasaan penduduk Sri Lanka, walaupun agama Buddha melarang penganutnya membunuh haiwan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: