Wednesday, May 1, 2013
Pesawat angkasa Virgin jalani ujian pertama
WASHINGTON - Pesawat angkasa milik Virgin Galactic yang dibina untuk membawa pelancong ke pinggir angkasa melakukan ujian penerbangan pertamanya kelmarin.
Enjin pesawat SpaceShipTwo dihidupkan selepas dipisahkan oleh pesawat WhiteKnightTwo yang membawa pesawat itu ke paras ketinggian 14,000 meter di padang pasir Mojave, California, kata firma milik jutawan Britain, Richard Branson dalam satu kenyataan.
Roket tersebut berjaya diterbangkan seperti yang dirancang iaitu selama 16 saat, cukup untuk membawa kapal angkasa itu pada ketinggian 16,764 meter dengan 1.2 kali kelajuan bunyi.
"Buat pertama kalinya, kami berjaya membuktikan komponen utama sistem itu dapat berfungsi dengan begitu baik," kata Branson.
Berikutan kejayaan ujian itu, Branson menjangkakan pesawat angkasanya boleh mula beroperasi menjelang hujung tahun ini.
Lebih daripada 500 orang telah menempah tempat duduk dan membayar deposit untuk tiket yang berharga AS$200,000 (RM607,200) bagi setiap penerbangan perjalanan merentasi suborbit dengan SS2.
Pesawat SS2 boleh menempatkan enam penumpang.
SS2 merupakan versi komersial SpaceShipOne, kapal angkasa swasta pertama yang sampai ke pinggir angkasa pada tahun 2004. Ia kini ditempatkan di Muzium Udara dan Angkasa di Washington.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: