Malah pertikaian itu turut mengheret salah seorang pemenang episod itu, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil.
Zain mendakwa penjurian tidak adil kerana juri hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi dari peserta lain sedangkan sebelum ini mereka sudah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri.
Berpeluang menemui Pak Nil dalam Majlis Pelancaran Popstar kelmarin, beliau menjelaskan dan mengakui tidak tahu apa yang berlaku ketika sesi penyingkiran.
“Semasa penyingkiran, saya tidak berada dalam bilik itu jadi saya tak tahu apa yang berlaku. Pelukan daripada Zain selepas dia keluar dari bilik itu sebenarnya hanya pelukan seorang abang dan adik.
“Dia keluar dengan muka marah dan tak puas hati. Saya tak tahu pun ada cerita saya di dalam. Juri pun tak ada cakap apa yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau juga akui hanya tahu dirinya dikaitkan apabila peserta yang terlibat semasa penyingkiran, Rozita Che Wan (Che Ta), Lydiawati dan Sathiya bercerita.
“Saya cuma tahu saya dikaitkan apabila Che Ta, Lidyawati dan Sathia bercerita. Bila keluar dari mulut mereka, saya dengar cerita yang berbeza. Jadi, saya tak nak buat apa-apa penilaian.
“Malah, saya tak berpeluang menonton rancangan itu langsung sebab saya di Johor. Jadi, anda tanya, saya memang tak tahu,” katanya.
Pak Nil juga memberitahu ada terbaca di Twitter tentang kenyataan peminat yang mengkritik tindakan Zain.
“Saya terbaca di Twitter, yang mengatakan Zain tak patut bertindak begitu begini. Tapi Zain ada beritahu saya bahawa dia cuma persoalkan juri bukan kemenangan saya.
“Zain kata, masalah itu bukan dengan saya, jadi, saya lega. Saya tak tahu apa dia buat, apa yang saya tahu dia mempertikaikan penjurian,” katanya.
Ketika ditanya soal meminjam bahan peserta lain, Pak Nil menjelaskan.
“Stew yang saya masak itu dah cukup sebenarnya tapi bila nak dinilai, saya rasa macam kosong. Jadi, saya minta sedikit nasi dari Kenchana Dewi,” katanya.
Mengulas mengenai sistem penjurian yang dipertikai itu, Pak Nil memandangnya dari sudut positif.
“Manalah tahu kalau penjurian itu diragui, ia mungkin akan jadi lebih baik. Ketika itu, kita kena berterima kasih pada Zainlah kan? Pada saya, ada hikmah juga,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: