Toi atau nama sebenarnya Khairul Nizam Baharom berkata, masalah itu pulih disebabkan keinginannya untuk memperbaiki kelemahan diri dalam nyanyian selain bercita-cita mahu menjadi penyanyi yang baik.
"Dulu ketika di AF6 memang saya sering dikritik mempunyai masalah ‘tone deaf’ sehingga tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir.
"Namun itu semua tidak menghalang saya untuk perbaiki kelemahan diri. Mungkin juga pada ketika itu saya tertekan dengan tugasan yang diberi sehingga membuatkan saya tidak boleh menyanyi dengan baik," katanya.
Tambah Toi, dia kini bersyukur apabila pengalaman menyanyi menerusi undangan persembahan membuatkan nyanyiannya menjadi lebih baik.Malah Toi bakal muncul sebuah lagu baharu tidak lama lagi khas buat peminat-peminatnya.
Toi yang juga gitaris kumpulan Hiper Act turut muncul dengan single lagu ketiganya berjudul Hanya Aku.
"Apa-apa pun lagu Hanya Aku akan keluar dahulu sebelum single solo saya.
"Hanya Aku akan menjadi lagu runut bunyi bagi drama Teduhan Kasih yang akan bersiaran di TV3 bermula 8 Mei ini. Semoga peminat senang dengan lagu baharu kami," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Toi juga masih lagi aktif memenuhi undangan yang memerlukan dirinya bermain dengan alatan muzik Angklung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: