Tuesday, May 7, 2013
Misi kemanusiaan berjaya buat 28 pembedahan di Palestin
KUALA LUMPUR – Misi Kemanusiaan Gaza ke-14 (Projek Perubatan) berjaya melakukan sebanyak 28 pembedahan berbanding sasaran 21 pembedahan sepanjang 14 hari berada di negara Palestin.
Ketua misi, Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, tujuan utama misi mereka berjaya hasil usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Palestin di Gaza.
“Misi kali ini membawa enam doktor pakar termasuk saya dan terbahagi kepada beberapa pakar utama iaitu pakar urologi, ortopedik dan neurologi dan pembedahan khusus pemasangan alat bantuan ereksi.
“Semua pembedahan ini dilakukan di hospital kerajaan di Palestin iaitu di Hospital Al-Quds, Hospital Asdeeqa Al-Mareed dan Hospital Al-Awda,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sebaik sahaja pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini baru-baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: