Wednesday, May 22, 2013

Lima maut terjatuh ke dalam lubang besar


BEBERAPA anggota penyelamat melakukan kerja-kerja mengangkat mayat mangsa lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba di Shenzhen semalam.


BEIJING - Lima orang maut apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter yang terbentuk secara tiba-tiba di pintu pagar sebuah kawasan perindustrian di Shenzhen, menurut pihak berkuasa tempatan semalam.
Menurut pihak pentadbiran daerah Shezhen Longgang di laman web Sina Weibo, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.
Laman web akhbar Guangming Daily melaporkan, lubang itu muncul di luar kawasan perindustrian Huamao di Shenzhen pada Isnin lalu. .
Akhbar arus perdana Shanghai Daily memberitahu, seorang lelaki berjaya diselamatkan.
Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang telah terjatuh ke dalam lubang itu masih belum diketahui.
Kerja-kerja mencari yang dilakukan beberapa anggota penyelamat masih dilakukan sehingga semalam.
Lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba kerap berlaku di China disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang banyak dilakukan di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: