Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Igor Pezzili berkata, kejayaan itu disumbang keupayaan laman itu menyediakan perkhidmatan unik yang tidak pernah ditawarkan di Malaysia sebelum ini.
Menurutnya, pada peringkat awal, syarikat itu hanya menawarkan produk dan perkhidmatan bagi enam kategori, namun kini bilangannya digandakan bagi menyediakan rangkaian produk yang meluas dan mudah didapati oleh pelanggan.
“Kami berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima dalam beberapa bulan sahaja. Ini membuktikan lebih ramai rakyat Malaysia membeli belah melalui dalam talian,” katanya pada majlis taklimat media Lazada di Kuala Lumpur, kelmarin.
Pezzili berkata, Lazada juga akan melancarkan aplikasi mudah alih Lazada Apps bulan depan bagi memberi kemudahan kepada pengguna telefon pintar untuk melakukan pembelian di laman itu.
“Selain itu, kami turut merancang menambah 5,000 pembekal dalam talian tempatan menjelang hujung tahun ini bagi mempelbagaikan produk yang ditawarkan melalui laman sesawang kami,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Lazada menganjurkan peraduan Giveaway Extravaganza yang bermula pada 20 Mei lalu hingga 20 Jun depan dengan hadiah ditawarkan bernilai lebih RM120,000 termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta Mazda 2 Hatchback.
Lazada memulakan operasi perniagaannya sejak April tahun lalu dengan menawarkan pelbagai produk termasuk barangan elektronik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: