Fizo Omar putus cinta
Pelakon filem Cinderella, Fizo, Nelydia Senrose dan Erin Malek.
PELAKON terkenal, Fizo Omar mengesahkan hubungan asmaranya bersama seorang gadis kecundang di tengah jalan selepas dua bulan menjalin cinta.

Bukan kerana orang ketiga, Fizo menganggap tiada jodoh antara mereka.

"Kami sempat berkawan dan bercinta dua bulan. Dah tak ada jodoh. "Mungkin tak ada keserasian dan kami berpisah dengan cara baik," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cinderella, semalam.

Pelakon filem Cinderella ini mengakui tidak mahu menghebohkan perkara itu demi menjaga hati banyak pihak.

"Bukan tak nak cerita. Sekarang ni terlalu sibuk. "Saya juga nak jaga hati banyak orang. Sekarang dah 'declare', dengan harapan, tiada yang terasa," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak sudah bersedia untuk berkahwin memandangkan usinya sudah menjangkau 28 tahun.

"Kalau ikut umur dah sedia untuk berkahwin. Mak pun dah tanya. Tapi nak buat macam mana. Mungkin adalah nanti. "Memang saya sasar umur 30 tahun untuk berkahwin...tapi bukan senang. Tak macam beli kereta atau rumah," katanya yang sudah berpisah lebih sebulan dengan wanita cantik tersebut.

Menyentuh soal perancangan masa depannya, Fizo berkongsi cerita.

"Sasaran saya selepas enam tahun dalam industri...untuk kepuasan diri sendiri itu sudah tercapai. "Lakonan okey...dah ada perniagaan. Cuma, saya terfikir kalau ada anak seronoknya. "Pada saya, kejayaan itu perlu bersama keluarga," katanya.

Fizo memegang watak Salman dalam filem Cinderella disamping dua pelakon lain, Nelydia Senrose dan Kamal Adli.