Tetapi, itulah beban terpaksa ditanggung bapa kepada tiga anak, Wan Jaffry Wan Abdul Shukor, 44, setelah hilang punca pendapatan.
Segalanya bermula selepas keluarga asnaf ini ditipu pengusaha bengkel milik Bumiputera, kononnya untuk membaiki kerosakan teksinya.
Namun tidak sampai sebulan, teksi itu rosak semula dan sejak itulah segala wang yang sepatutnya digunakan untuk pembelajaran anak sulungnya serta dipinjam daripada rakan, habis untuk membaiki teksi.
Lebih malang apabila majikannya menarik teksi itu kerana gagal menjelaskan sewa permit tertunggak lebih sebulan.
“Teksi itulah punca pendapatan kami sekeluarga, tapi bila ditarik dan memikirkan pula hutang, perbelanjaan anak di kolej dan bersekolah serta susu anak, buntu jadinya.
“Mohon kerja harian tak dapat, bantuan zakat tiada kesudahan, rakan pula tiap-tiap hari menagih hutang. Hanya wang kertas lama RM70 ini sajalah tinggal untuk belanja makan dan tambang cari kerja,” katanya, semalam.
Wan Jaffry berkata, dia mengambil keputusan menemui Sinar Harian untuk mencari jalan keluar kerana segala usahanya selama ini menemui jalan buntu.
Menurutnya, mereka sekeluarga terpaksa mengikat perut dengan memakan mi segera kerana tidak mampu.
“Sampai saya kata pada anak sulung, tangguhlah belajar sebab abah tak ada duit. Minggu depan sesi pengajian semester tiga sudah bermula dan perlukan bayaran.
“Anak kedua juga perlukan belanja termasuk anak bongsu berusia empat tahun. Saya kata lebih baik berhenti sebab abah tak ada duit,” katanya.
Dia berkata, anak sulungnya, Sharifah Norshamira, 19, seorang pelajar pintar dan penerima anugerah dekan pada semester pertama pengajian di sebuah kolej universiti di Melaka, manakala anak keduanya pengawas sekolah.
Namun, segala pencapaian dan harapan keluarganya bakal musnah sekiranya keadaan masih tidak berubah.
“Kalau saya tidak jelaskan tunggakan sewa permit teksi dalam tempoh berbaki kurang 40 hari lagi, teksi saya akan ditukar hak milik kerana itu perjanjian,” katanya.
Kini, Wan Jaffry hanya berharap ada pihak dapat membantu membebaskannya daripada belenggu tersebut.
Malah katanya, dia layak memiliki permit teksi sendiri dan sudah menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Teksi Bajet, namun kegagalannya berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyebabkan permit itu tidak dapat dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: