Afiq Muiz
Afiq Muiz
NAMA Afiq Muiz tiba-tiba menjadi popular sekelip mata. Bukan kerana karier seninya tetapi kerana isu 'anak derhaka'. Tindakan Afiq mengadakan sidang media bagi mempertahankan dirinya baru-baru ini, mungkin bukan cara yang bijak apabila aktor itu menerima cemuhan masyarakat.

Walaupun ibunya, Hasliza Mohd, 48, terlebih dahulu membuka pekung di dada, namun sebagai anak, Afiq harus tahu hadnya sebagai anak. Lebih memburukkan keadaan apabila sidang media itu turut disertai teman wanitanya, Eina Azman, yang bermati-matian mempertahankan Afiq.

Tindakan Afiq itu turut mendapat teguran Shila Amzah yang menyifatkan media bukanlah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan isu peribadi. Ternyata pengalaman lalu memberikan pengajaran yang sangat hebat buat Shila sehingga dia sanggup bersuara.
Kepada Afiq, ramai yang mengharapkan agar dia dan ibunya berbaik. Siapalah kita, tanpa ibu!