
SEORANG wanita bisu dan pekak duduk
di atas sebuah struktur binaan dengan tujuan untuk membunuh diri di
Dataran Omonia, Athens semalam.
ATHENS, Greece - Seorang wanita pekak dan bisu berusia 35 tahun semalam memanjat sebuah struktur binaan di Dataran Omonia di sini dengan tujuan untuk terjun bagi membunuh diri.
Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak melakukan perbuatan tersebut selepas bantuan kewangan kepada golongan istimewa lewat dibayar.
Negara ini mengalami masalah hutang yang tinggi menyebabkan langkah penjimatan dilakukan oleh pihak pemerintah.
Bagaimanapun, wanita berusia 35 tahun itu kemudian berjaya dipujuk oleh seorang anggota bomba apabila dia dibawa turun dengan menggunakan kren.
Wanita tersebut sebelum ini pernah menunjuk perasaan di tempat yang sama tiga bulan lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: