Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang terbabit, Mohd Abaidillah Zainuddin, 25, turut terpaksa menahan kesakitan kerana tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian belakang telinga kanan tertusuk besi stereng.
Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya yang segera sampai ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan mangsa.
Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, pihaknya hanya mengambil masa selama tiga minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian bonet kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa.
“Sejurus menerima laporan mengenai kemalangan itu, enam anggota PBS Bandar Ketengah Jaya segera bergegas ke tempat kejadian dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa mengerang kesakitan di tempat duduk pemandu dengan bahagian depan keretanya remuk teruk dan melekat pada pokok.
“Ketika itu bonet kereta turut terbakar dan kebakaran itu segera dipadamkan. Namun keadaan kereta yang remuk menyulitkan kami untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Menurutnya, masa selama 30 minit diambil bagi mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tangan dan paha selain mengalami kecederaan di kepala ekoran stereng pecah dan besi stereng menusuk kepala mangsa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: