Siti mengakui berdebar untuk berduet dengan Babyface. Siti, 34, bagaimanapun berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu nanti namun mengesahkan mereka akan berduet lagu nyanyian Babyface.
"Siti berbesar hati dengan peluang keemasan ini tetapi pada masa sama ia memang mendebarkan. Apapun Siti berjanji akan membuat persembahan terbaik," katanya kepada Harian Metro.
Acara itu diadakan bagi mengutip dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan akan berlangsung pada 21 Mac ini.
Babyface
yang juga seorang komposer terkenal pernah bekerjasama dengan
artis-artis seperti Mariah Carey, Usher, Toni Braxton, Madonna dan
Luther Vandross. Dalam pada itu, Siti berkata, tawaran itu adalah kali kedua buat dirinya membuat persembahan bersama artis antarabangsa selepas Gareth Gates pada Anugerah MTV pada tahun 2004 di Singapura.
Babyface yang popular menerusi lagu Everytime I Close My Eyes secara dasarnya bersetuju untuk berpadu suara bersama Siti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: