Salah seorang ahlinya, Farouk berkata, keadaan itu berpunca apabila Roman yang diuruskan oleh Amylea Azizan pada asalnya ditubuhkan bagi membawakan lagu-lagu runut bunyi (OST) drama-drama tempatan.
"Roman ditubuhkan sememangnya untuk projek drama OST dan selepas mendapat respons bagus, kami ingin tampil ke hadapan pula. Walaupun akur nama kami tidak dikenali berbanding lagu-lagu kami, ia bukan satu masalah.
"Insya-Allah, kami yakin jika ada yang meminati lagu-lagu Roman, itu ertinya nama kami juga akan dikenali tak kira lambat atau cepat. Lagipun membawakan lagu OST dalam drama juga satu peluang besar buat kami yang mana ramai artis inginkannya," kata Farouk.
Antara lagu-lagu Roman yang popular ialah Roman (menampilkan Kilafairy, bagi drama Tihany,TV9), Major Problema (menampilkan Marsha, drama Paan Hafiz, TV3), Wujud (menampilkan Miera Tilu, drama Tujuh Ramadan) dan Hanya Di Aidilfitri (menampilkan Kilafairy).
Tambah Otam pula, dia menganggap populariti lagu tanpa mengenali penyanyinya adalah satu perkara normal dalam industri muzik tempatan, namun bukan satu halangan untuk Roman memecah tradisi itu.
"Banyak perkara yang harus dilakukan dalam memperkenalkan Roman.
"Selain penghasilan lagu-lagu yang bagus, pengurusan dan promosi juga amat penting. Saya harap agar tradisi artis tidak dikenali berbanding lagu mereka akan terhapus satu hari nanti," katanya.
Edd pula berkata, dia bersama ahli-ahlinya agak terkejut apabila ada yang menganggap mereka sebuah kumpulan dari negara seberang, Indonesia.
"Kami tak tahulah sebab ada pihak yang beranggapan Roman adalah kumpulan Indonesia. Tetapi apa yang disangka itu salah.
"Mungkin nama Roman atau lagu-lagu yang ditampilkan berbeza, kami kurang pasti," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roman muncul dengan sebuah lagi single lagu terbaru berjudul Tentang Dirimu bagi drama Kerana Lelaki Itu yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa di slot Ratu TV9 pukul 8.30 malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: