Thursday, March 21, 2013

Pekerja zoo beri seekor kambing untuk dimakan biawak komodo


DUA pekerja membaling bangkai seekor kambing ke dalam kurungan biawak komodo naga di Zoo Surabaya, Surabaya semalam.


SURABAYA - Dua pekerja membaling seekor kambing yang telah mati untuk dimakan oleh beberapa ekor biawak komodo naga di Zoo Surabaya di sini semalam.
Lima ekor biawak kemudian mengerumuni bangkai kambing itu di dalam kurungan haiwan tersebut selepas ia dibaling oleh dua pekerja berkenaan.
Haiwan tersebut merupakan biawak paling besar di dunia.
Ia boleh membesar sehingga tiga meter panjang dengan berat sehingga 70 kilogram.
Biawak itu amat popular dalam kalangan pengunjung zoo.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: