Langgar, yang disifatkan agak 'panas' dan 'daring'. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai adegan yang melibatkan dirinya itu, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, berkata, dia tidak melihat adegan tersebut sebagai sesuatu yang panas dan menimbulkan kontroversi.
Apatah lagi ketika menerima tawaran filem sulung arahan Syed Hussein (Sein) tersebut, dia jatuh cinta pada jalan ceritanya dan adegan yang dilakonkan itu sekadar menurut kehendak skrip.
"Saya suka dengan jalan ceritanya, apatah lagi Langgar merupakan filem aksi pertama saya. Adegan yang saya lakukan sebenarnya bukanlah terlalu seksual, sebaliknya dikategorikan sebagai ganas.
"Amanda (watak lakonannya) adalah seorang bekas penagih dadah dan dia berperwatakan seperti lelaki sebelum ini. Dia ada sejarah hidup dia sendiri. Apabila dia menjadi teman wanita kepada ketua gangster bernama Radzi (Namron) bererti Radzi boleh buat apa saja kepadanya," katanya yang ditemui di pelancaran filem terbitan Tayangan Unggul, bertempat di Carney Vino, Kuala Lumpur.
Selain Natasha, turut berlakon dalam filem ini ialah Adi Putra, Khir Rahman, Zul Huzaimy, dan Hans Isaac.
Bagaimanapun, aktres kacukan Melayu-Australia ini bersedia untuk menerima apa saja reaksi daripada penonton apabila filem ini ditayangkan pada 11 April depan.
"Saya tahu, setiap orang akan ada pandang dan pendapat masing-masing apabila menonton filem ini kelak. Cuma saya berharap penonton boleh berfikir positif setelah menonton filem ini nanti," ujarnya.
Rela dipukul
Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya menjayakan watak Amanda, Natasha berkata, dia merelakan Namron memukul dan melakukan kekasaran terhadapnya.
Katanya, biarpun pada mula Namron enggan berbuat demikian, namun dia tetap bertegas untuk merasai sendiri seolah-olah betul dipukul bagi menghayati wataknya.
"Masa kena pukul, adalah beberapa kali benjol dan bengkak sebab Namron pakai banyak cincin berbatu. Tapi saya tak kisah kerana dengan cara itu, kami juga boleh cepat mendapatkan keserasian," katanya.
Tatkala ditanya mengenai penerimaan suaminya, Carleed Khaza, 34, berhubung lakonannya itu, Natasha berkata, dia bertuah kerana memiliki seorang suaminya yang bersikap profesional dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.
"Sejak awal lagi, dia memahami kerjaya saya dan begitu juga saya memahami kerjaya dia. Kalau dari awal dia tak faham, mungkin susah jugalah buat saya," katanya yang kini sarat hamil lapan bulan.
Kejutan anak kedua
Menyentuh mengenai kandungannya pula, Natasha berkata, pengalaman hamil anak kedua berbeza ketika dia hamil anak sulungnya, Neesa Helena, 5.
Katanya, kali ini, dia lebih aktif dan tidak boleh duduk diam dan masih sibuk dengan perniagaan dalam talian dan program bersama TV Al Hijrah.
"Mengenai jantina, saya memang tidak mahu tahu dan menganggap ia sebagai kejutan. Persiapan juga saya buat ala kadar saja dan banyak lagi baju Neesa semasa bayi masih belum digunakan.
“Selagi saya larat, saya akan aktif sehinggalah nak dekat bersalin nanti. Rutin saya tetap sibuk dengan keluarga, perniagaan karier. Apatah lagi Neesa juga sudah mula bersekolah tahun ini.
"Bagaimanapun, semenjak usia kandungan mencapai lima bulan, saya tidak lagi menerima tawaran lakonan dan projek terakhir saya adalah filem Mamat Cupcake," katanya yang masih menanti tayangan dua lagi filem lakonannya iaitu Halilintar dan Lemak Kampung Santan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: